Tuesday, August 16, 2011

Udang Goreng Gajus

Atas permintaan seseorang yang hantu udang, mummy tulis resepi udang goreng gajus yang mummy bawak masa iftar kat rumah Mama Miraki hari Sabtu lepas. Lepas ni jangan tak cuba pullak resepi meletops ni.. Sodappp.


1 kg udang putih saiz besar (or apa2 udang le..jangan udang geragau or udang kering sudah...heheh)

1 cawan gajus
10 tangkai cili kering (dipotong serong anggaran 1 inci)
5 ulas bawang putih diketuk
2 inci halia diracik halus

Garam dan perasa

Sos:
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos chili
5 sudu makan kicap manis
Campurkan semua sos2

Cara-cara :
1. Gaul udang dengan sedikit garam & bawang putih. Goreng garing.

2. Goreng gajus hingga rangup.
3. Goreng cili kering.
5. Tumis bawang putih dan halia.
6. Masukkan sos. Tumis sampai sos pekat sedikit.
7. Masukkan udang goreng. Gaul sampai sebati.
8. Masukkan gajus dan lada kering. Gaul dan angkat.
9. Sedia untuk di ngapppppppppp

 
Close-up sikit... mak aiii apa tu ada yang dah menjejeh2 air liur... ish ish ish... pengotor betul uols ni... Tapi kan udang ni nampak memang soooooooooooooo tempting kan..

1 comment: